Monday, January 10, 2011

PERMOHONAN PELAJAR Univ Pertahanan Nasional Malaysia 2011

Permohonan Untuk Menjadi Pelajar UPNM
Semua permohonan masuk ke program pengajian Universiti Pertahanan Nasional Malaysia adalah secara atas talian melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), JPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Anda boleh memohon melalui www.mohe.gov.my.
Permohonan akan dibuka mulai bulan Februari setiap tahun. Calon adalah dikehendaki untuk mendapatkan Nombor Unik ID daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengemukakan permohonan.
Permohonan Untuk Menjadi Pegawai Kadet UPNM
Semua calon yang berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), calon boleh mengemukakan permohonan untuk menjadi Pegawai Kadet UPNM kepada Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan mulai bulan Disember setiap tahun.
Calon-calon akan ditemuduga berdasarkan kepada keputusan peperiksaan percubaan SPM. Temuduga akan dijalankan di seluruh Malaysia oleh Kementerian Pertahanan pada bulan Januari hingga Mac setiap tahun.
Permohonan boleh dibuat dengan menghantar dokumen-dokumen yang telah disahkan dari salinan asal seperti berikut ke alamat di bawah :
  1. Salinan Percubaan SPM 2010
  2. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  3. Salinan Kad Pengenalan
  4. Salinan Sijil Lahir
  5. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa
  6. Salinan Sijil Kokurikulum
  7. Sampul surat berukuran 20sm x 28sm beralamat sendiri dan bersetem 50 sen. (Sila catatkan di sebelah kiri sampul surat pilihan anda samada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia)
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Markas Angkatan Tentera Malaysia

Bahagian Perkhidmatan Anggota, Cawangan Tenaga Kerja

Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR

(Untuk Perhatian : Sel C)

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan pengambilan Pegawai Kadet UPNM, sila berhubung dengan pegawai pemilih seperti berikut :
Pegawai Kanan Pemilihan Anggota : Lt Kol Mohammad Yatim bin Mohd Nor (03-20712382)
Ketua Pegawai Pemilih : Lt Ariff Firdaus bin Anasipudin TLDM (03-20714526)
Pegawai Pemilih Darat : Kapt Ridzuan bin Abdullah (03-20714524)
Pegawai Pemilih Udara : Kapt Saiful Rizal bin Rejab TUDM (03-20712387)
Kaunter Pertanyaan : 03-20712391
Talian bebas tol : 1-800-88-7588 (Jam 8.00 pagi - 5.00 petang)
Nombor faks : 03-26985340, 03-26986235
Email : ctk.mtk@mod.gov.my
Tarikh tutup permohonan : 31 Januari 2011 (Isnin)
Tarikh dan tempat temuduga : Akan dimaklumkan melalui surat kepada calon-calon yang layak dan terpilih. Calon-calon yang telah hadir pada temuduga tersebut perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian untuk kemasukan ke program pengajian Universiti Pertahanan Nasional Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), JPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Anda boleh memohon melalui www.mohe.gov.my. Permohonan akan dibuka mulai bulan Februari setiap tahun. Calon adalah dikehendaki untuk mendapatkan Nombor Unik ID daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengemukakan permohonan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Puan Sarina Abdul Rani
Ketua Penolong Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment