a. Jawatan : Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred : A29 Kumpulan : Sokongan Kem./Jab. : Jabatan Penerbangan Awam Jadual Gaji : P1T1 RM1490.41 - P1T21 RM3054.36 P2T1 RM1561.50 - P2T21 RM3254.01 P3T1 RM1635.61 - P3T21 RM3435.45 Syarat Lantikan: i) Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan [Gaji permulaan ialah pada Gred A29: P1T3 RM1623.51]; atau ii) Diploma dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan [Gaji permulaan ialah pada Gred A29: P1T4 RM1690.06]; dan iii) lulus dalam subjek Matematik atau Ilmu Sains atau salah satu daripada subjek Sains serta lulus Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan iv) lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik; dan v) lulus pemeriksaan doktor untuk memastikan bahawa calon-calon mempunyai tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik, penglihatan yang terang dan boleh mengenal dan membezakan warna seperti yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan;dan vi) tamat dengan jayanya kursus pra perkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam,Malaysia dalam bidang berikut: a) 'Aerodrome Control' serta mendapat 'Aerodrome Control Rating'; dan b) 'Approach Control' serta mendapat 'Approach Control Rating'; dan vii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kawalan Trafik Udara adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i) mempunyai kelayakan di perenggan (iv) dan (v) di atas; dan ii) tamat dengan jayanya kursus dalam perkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam, Malaysia dalam bidang 'Aerodrome Control' serta mendapat 'Aerodrome Control Rating' dan 'Approach Control' serta mendapat 'Approach Control Rating'; dan iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan 'Aerodrome/Approach Control' kepada semua juruterbang/pesawat di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I), Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya serta mengendalikan data-data operasi untuk kegunaan kawalan trafik udara.
No comments:
Post a Comment