Saturday, January 22, 2011

bangunan baru ASWARA

Pandangan Perspektif Blok Bangungan Akademik



Perkhidmatan Teras ASWARA
Memenuhi tuntutan objektif penubuhan ASWARA sebagai sebuah institusi induk pengajian dan latihan seni, budaya dan warisan yang banyak menyumbang kepada industri kreatif dan seni negara, maka perkhidmatan teras ASWARA yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut :-
  1. Pengajaran dan Pembelajaran
  2. Menyediakan pendidikan dan pengajaran seni budaya dan warisan yang bermutu dan relevan dengan keperluan industri kreatif negara.
  3. Pusat Sumber
  4. Berperanan sebagai Pusat Sumber Sehenti (one-stop-centre) yang lengkap bagi tujuan penyelidikan dan rujukan dalam bidang seni budaya dan warisan.
  5. Penyelidikan, Penerbitan dan Dokumentasi
  6. Melaksanakan penyelidikan dan kajian dalam bidang seni budaya dan warisan bagi penemuan baru serta menerbit dan mendokumentasi hasil-hasil kreatif, kajian dan penyelidikan.
  7. Khidmat Nasihat Akademik
  8. Menyediakan khidmat nasihat dalam bidang seni budaya dan warisan kepada penyelidik, pelajar, seniman dan khalayak umum.
  9. Pusat Eksperimentasi
  10. Melaksanakan eksperimentasi untuk perkembangan dan pembangunan seni budaya dan warisan.
  11. Pusat Kreatif dan Inovasi
  12. Menghasilkan karya produksi dan penerbitan kreatif dan inovatif bagi menempatkan karyawan, seniman tempatan diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa yang menyumbang kepada industri kreatif negara.


No comments:

Post a Comment