Monday, December 20, 2010

SEJARAH SMK TUNKU TEMENGGUNG.


Sejarah
Tunku Temenggong Kedah, YTM Dato' Seri DiRaja Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung telah ditubuhkan pada 1 Disember 1994. Pada peringkat awal menumpang di Sekolah Kebangsaan Pendang. Sekolah ini pada awalnya didaftarkan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang Dua. Pada ketika itu jumlah bilangan pelajar seramai 223 orang termasuk 29 pelajar tingkatan 5 aliran Kejuruteraan di kenali sebagai 5 Kejuruteraan . Kesemua 29 pelajar ini diambil khas dari sekolah-sekolah di sekitar daerah Padang Terap/Pendang . Manakala bilangan guru adalah seramai 18 orang termasuk 1 pembantu Tadbir dan 1 Pembantu Am Rendah.
Pada tanggal 10 April 1996 berpindah ke bangunan sendiri di Kg Banggol Pauh. Pada awal penubuhan sekolah ini hanya mengandungi 6 blok pembelajaran, 1 dewan serbaguna dan 1 kafeteria.
Pada tarikh 1 Disember 1997, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang Dua ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung. 
Terdapat 2 sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang. Pada sesi pagi untuk pelajar
Tingkatan 1,3,4 dan 5. Manakala sesi petang pula hanya untuk pelajar Tingkatan 2 .
Jarak antara sekolah dengan pekan Pendang kira-kia 2 km, manakala 
jarak di antara sekolah dengan Bandar Alor Star ialah 16 km.




Sila layari portal SMKTT di kolum sebelah kanan. TQ

No comments:

Post a Comment