Sunday, December 12, 2010

belajar buat blog

Sesiapa Sahaja Perlu Memiliki Blog!
Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium penyampaian maklumat dan pemasaran yang amat berkesan.
Ia dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri.
Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda! Jika anda seorangusahawan, sudah pasti produk atau servis anda akan diketahui akan kewujudannya oleh ramai orang!
Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan, tidak memiliki blog adalah satu kerugian terbesar bagi anda dan perniagaan anda!

TIP HEBAT 1:
Bayangkan anda menyertai satu program atau majlis. Anda berkenalan dengan ramai orang di majlis tersebut dan memberikan mereka kad bisnes anda. Pada kad itu tercatat alamat URL blog anda.
Tidak perlu anda promosikan perniagaan anda semasa sesi perkenalan. Biar mereka masuk ke blog anda dan membaca apakah produk dan servis anda. Jangan lupa di blog letak 'contact form' dan maklumat-maklumat produk anda!
Ini baru satu contoh kegunaan blog. Menarik bukan?

Blog adalah satu alat yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik (pelawat, bakal pembeli) ke laman web perniagaan. Anda juga boleh melakukannya jika anda tahu caranya.

Case Study Blog SmartUsaha.com
Perniagaan yang saya bina di Internet bertahan kukuh sehingga kini kerana mempunyai audiens dan pengikut' saya sendiri. Ini semua adalah kerana saya menggunakan blog untuk berinteraksi dengan mereka.
Tahukah anda, sebilangan besar pembeli saya bermula dengan membaca artikel-artikel di blog saya? Mereka bukan hanya beli satu, tapi dua dan lebih produk!
Dengan menulis artikel yang bermanfaat dan menunjukkan kepakaran kita, para prospek tidak akan banyak soal lagi untuk mendapatkan produk jualan anda.
Dengan Memiliki Blog, Anda Boleh:



 Membina kredibiliti dengan menunjukkan kepakaran anda
 Mendapatkan trafik 'percuma' ke laman web perniagaan anda
 Berkomunikasi dengan bakal dan pelanggan sedia ada anda
 Mempromosikan perniagaan konvensional anda dengan lebih berkesan
 Menambah rangkaian perniagaan (business partner) melalui Internet
 dan banyak lagi!


log ke: www.bloggingsteps.com/

paling mudah belajar terus di
http://www.blogger.com/

No comments:

Post a Comment