Tuesday, December 21, 2010

join MALAYSIAN BIKERS COMMUNITY?


Selamat Datang Ke Malaysian Bikers Community

Malaysian Bikers Community (MBC) diwujudkan bertujuan untuk mengumpulkan seluruh peminat dan penunggang motorsikal khususnya di Malaysia, untuk berkongsi pandangan, ilmu pengetahuan dan juga pengalaman masing-masing. Tidak kira apakah jenis motor anda dan selagi anda saling menghormati sesama warga MBC, anda diterima dalam suasana persaudaraan MBC.
Sejarah MBC bermula dengan laman web biasa pada sekitar tahun 2000, MBC telah menjalani beberapa evolusi hingga wujudnya Portal MBC sekarang. Walaupun MBC bukanlah laman web yang berteraskan keuntungan, tetapi kita harus sedar, terdapat kos yang perlu ditanggung oleh pihak pengurusan dalam memastikan MBC terus wujud di alam siber ini.
Bukan setakat di alam siber, MBC aktif menganjurkan akiviti-aktiviti konvoi bermotorsikal yang memberi manfaat kepada warga MBC yang turut serta. Antara aktiviti MBC yang sering menjadi perhatian adalah
  • Family Day - mengumpulkan warga MBC dari seluruh negara
  • Eco-Ride - Konvoi yg bertemakan alam sekitar
  • Year End Ride - Ride besar-besaran MBC
  • Charity Ride - memupuk warga MBC yang prihatin
  • Blood Donation - memupuk semangat membantu sesama insan
  • Iron Butt Ride - konvoi bermotorsikal jarak jauh merentasi sempadan politik.
Banyak lagi aktiviti-aktivit yang memberi manfaat kepada warga MBC akan dirancang dari masa ke semasa.
Selain konvoi motorsikal, MBC juga aktif dalam sukan permotoran. MBC Racing Team diwujudkan untuk mengasah bakat muda disamping mempromosi sukan permotoran di Malaysia.
Forum yang menjadi nadi utama MBC perlulah digunakan dengan sebaiknya untuk berkongsi apa-apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada warga MBC yang lain. Postinglah secara berhemah dan penuh tanggungjawab. Sekiranya ini boleh dicapai, kita tidak perlu peraturan dan juga polisi yang merimaskan kita semua. Sekiranya peraturan dan polisi diperkenalkan, ia tidak lain dari bertujuan untuk melindungi kepentingan umum. Posting yang berkualiti dan berbentuk ilmiah amatlah digalakkan, kerana ia menggambarkan warga MBC yang juga berkualiti dan berilmu.
Bagi pihak pengurusan MBC,kami berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua warga MBC. Cadangan dan pandangan yang membina amatlah dihargai. Semoga MBC akan terus maju dan mencapai visi untuk menjadi komuniti yang mengumpulkan semua peminat dan penunggang motorsikal tidak kira jenis motorsikal khususnya di Malaysia mahupun di serata dunia.

No comments:

Post a Comment