Tuesday, December 21, 2010

Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)


Sila ikuti panduan pengisian Borang Permohonan Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui laman web PTPTN seperti berikut:
  1. Borang Permohonan Pembukaan Akaun ini hendaklah dicetak menggunakan Kertas A4 yang beratnya sekurang-kurangnya 80 gram ke atas dan berwarna putih.
  2. Pemohon hendaklah mencetak Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN ini melalui laman web PTPTN. Borang Permohonan Pembukaan Akaun yang lengkap diisi hendaklah dibuat dua (2) salinan dan dihantar bersama-sama salinan asal, Slip Deposit, dokumen-dokumen sokongan dan wang deposit (seminima RM20.00) di mana-mana kaunter Ejen PTPTN yang dilantik oleh PTPTN di seluruh Malaysia.
  3. Ejen PTPTN adalah seperti berikut:-

    1. Bank Simpanan Nasional (BSN);
    2. CIMB Bank Berhad;
    3. Agro Bank;
    4. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM);
    5. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB); dan
    6. Maybank. 
  4. Salinan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi pembukaan akaun SSPN adalah seperti berikut:-

    1. Salinan MyKad/ Kad Tentera/ Kad Polis Pemohon;
    2. Salinan Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad Anak; dan
    3. Surat perakuan/ sijil anak angkat (bagi ibubapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan sah mereka).
  5. Tiga(3) salinan Borang Permohonan Pembukaan Akaun dan Sip Deposit yang diterima oleh ejen PTPTN yang siap diproses akan diagihkan oleh ejen PTPTN bagi keperluan seperti berikut:-

    1. Salinan asal (Cetakan) – untuk PTPTN
    2. Salinan kedua                 – untuk ejen PTPTN
    3. Salinan ketiga                 – untuk Pendeposit
Borang Permohonan Pembukaan Akaun yang telah siap diproses akan dihantar bersama-sama dokumen sokongan dan salinan Slip Deposit kepada PTPTN.  Sila pastikan pendeposit menyimpan satu salinan borang yang telah diproses sebagai rujukan.

Peringatan Penting 
:

PTPTN tidak melantik orang perseorangan/individu sebagai ejen PTPTN bagi tujuan memungut deposit simpanan selain daripada ejen-ejen yang dinyatakan.

Kebenaran mencetak dokumen SSPN melalui laman web PTPTN ini adalah sebagai  alternatif kepada orang ramai bagi memudahkan urusan berkaitan SSPN.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Hotline PTPTN di talian 03-2080 4455 atau ajukan kepada  Aduan Online.

soalan2 tambahan ada di : http://www.portal.mohe.gov.my/

dan

 http://www.ptptn.gov.my/

No comments:

Post a Comment