Sunday, March 6, 2011

SMK Agama Yan

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan mula dibuka pada 1 Januari 1997
Sekolah ini merupakan sekolah menengah kebangsaan agama ketiga di 
negeri Kedah selepas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling.
Sekolah ini dibina di atas sebidang tanah seluas 58 hektar dengan kadar 
perbelanjaan sebanyak RM17 juta. Kemudahan fizikalnya lengkap dengan 4 
bangunan sekolah 3 tingkat, 4 bangunan asrama 3 tingkat, sebuah dewan, 
sebuah surau, bengkel KHB, 12 unit kuarters guru, 3 unit kuarter  pentadbir, 
dan 6 unit rumah teres kakitangan sokongan.
Seramai 486 orang pelajar mula mendaftar pada 5 Januari 1997 yang terdiri 
daripada pelajar tingkatan 1,2,3 dan 4.
Pelajar tingkatan 1 dipilih di kalangan murid sekolah rendah di seluruh 
negeri Kedah yang mendapat 4A dalam UPSR.
Sementara pelajar tingkatan 2 dan 3 pula merupakan pelajar terpilih dari 
sekolah-sekolah aliran agama di sekolah biasa.
Manakala pelajar tingkatan 4 pula dipilih di kalangan mereka yang 
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR di sekolah 
menengah harian aliran agama dan sekolah menengah agama rakyat.
Selepas beroperasi pada 1 Januari 1998
pentadbiran sekolah diterajui oleh Penolong Kanan 
sehinggalah pada bulan Mac 1997 apabila Pengetua 
pertama, iaitu Puan Hindong binti Ali memulakan 
tugasnya di situ. Pengurusan sekolah yang 
dikategorikan sebagai sekolah gred A ini dibantu 
oleh seorang Penolong Kananseorang Penolong 
Kanan HEM dan 4 orang Ketua Bidang
Sementara jumlah guru ialah seramai 30 
orang dan staf sokongan pula seramai 10 orang.
collection of: http://jauhari-englishhomework.blogspot.com
more info of smka yan at: http://www.smkayan.bpi.edu.my/

No comments:

Post a Comment